BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya berkaitan hutang arwah mak saya. Duit peninggalan arwah cukup je untuk bayar hutang. Tapi pihak bank bagi kelonggaran untuk bayar lambat sikit supaya dapat pengurangan bayaran. Boleh ke kami tunggu tempoh tersebut untuk dapatkan pengurangan bayaran? Atau kami perlu bayar secepat yang mungkin?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, hutang si mati adalah satu kewajipan yang perlu dilangsaikan segera menggunakan harta peninggalan si mati sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris mengikut hukum syarak. Menurut hukum Islam, melambatkan bayar hutang si mati dengan niat hendak murah itu tidak digalakkan kerana hutang itu tanggungan roh dan perlu diselesaikan segera. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang berbunyi:

نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya. (Hadis riwayat Tarmizi)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 47

message user image