BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam Mufti/admin,

Saya ada soalan bertanya untuk kawan saya. Jika pasangan berkahwin tiada anak. Ibu masih ada. Ayah telah meninggal dunia.  Mengikut kiraan faraid, ada bahagian ke Baitulmal.

Soalan :

1. Adakah cara yang boleh dilakukan sekiranya harta pusaka tidak ke ke Baitulmal?

2. Apakah boleh dilakukan dalam proses harta pusaka sekiranya mewasiatkan dan membahagikan harta 100% kepada isteri sahaja? tanpa ke Baitulmal?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, apabila seseorang itu tidak mahu memberikan bahagian pusaka kepada waris yang layak mengikut hukum faraid, hukumnya adalah haram dan amat dilarang dalam Islam kerana ia menyalahi perintah Allah SWT, melainkan waris tersebut melepaskan haknya secara sukarela (takharuj) setelah memahami bahagian faraidnya, atau ada persetujuan bersama di antara semua waris. 

Berdasarkan situasi kawan puan, menafikan bahagian Baitulmal adalah sesuatu perkara yang salah dan berdosa di sisi Allah SWT. Pihak kawan puan perlulah telus dan jujur dalam menguruskan harta pusaka bagi mengelakkan termakan harta secara batil. Sekalipun jika arwah ada membuat wasiat ke atas hartanya, maka perlulah dapatkan pengesahan wasiat terlebih dahulu di Mahkamah Syariah. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan harta yang melibatkan warisnya adalah Baitulmal, disarankan agar pihak kawan puan merujuk ke Baitulmal di negeri berkenaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 49

message user image