BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, saya ada membaca buku panduan tatacara solat dhuha dan mendapati terlalu banyak kaedah serta bacaan yang berlainan. Boleh kah berikan saya panduan yang paling terbaik untuk diamalkan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, cara yang afdal melakukan solat dhuha ialah dengan memisahkan setiap dua rakaat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Hani’ RA katanya :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صلى يوم الفتح سبحة الضحى ثمانى ركعات يسلم من كل ركعتين

Maksudnya : Rasulullah SAW bersolat dhuha sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan kota Makkah. Baginda mengucap salam setiap kali selesai dua rakaat. (Riwayat Abu Daud)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 267

message user image