BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya ingin bertanya soalan/hukum ketika berlaku kemalangan keatas saya akibat dilanggar sebuah motosikal, kereta saya mengalami kerosakan bumper depan.

Saya telah menghubungi pusat service dan kos pembaikan mencecah Rm2000 ringgit. Pelaku telah membayar saya sebanyak RM1300 sebagai ganti rugi ketika ditempat kejadian sebelum saya mendapat anggaran kos sebenar.jadi saya perlu menambah duit sendiri jika ingin repair di pusat service.

Sekiranya saya repair di kedai lain selain pusat service dan kos menjadi lebih murah, perlukan saya pulangkan kembali lebihan duit gantirugi kepada pelaku.

Terima kasih.

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Secara umumnya anda berhak untuk mendapatkan gantirugi yang sesuai dengan keperluan anda, sebaiknya tidaklah meletakkan harga yang terlalu tinggi sesuai dengan kemampuan orang yang mengakibatkan kemalangan tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 38

message user image