Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ada persoalan mengenai zakat dan rebat cukai seperti berikut.
Contoh situasi 1:
Contoh situasi 2:
Berdasarkan contoh-contoh situasi di atas, adakah ianya dibolehkan atau dibenarkan untuk mengisi rebat cukai dalam borang pelepasan cukai LHDN dengan jumlah yang sama seperti dalam penyata zakat tahun sebelumnya?
Atau adakah ianya dikira salah (dianggap menipu atau tidak jujur) kerana mengisi rebat cukai lebih daripada jumlah sebenar zakat yang perlu dibayar?
Terima kasih.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Dari sudut hukum syarak, kadar zakat yang ditetapkan merupakan had minimum kewajipan seseorang. Jika seseorang membayar zakat melebihi kadar tersebut, sama ada kerana tersalah kira atau sebagai langkah berjaga-jaga maka lebihan itu tidak menjejaskan kesahan zakat wajib. Zakat tetap dianggap telah ditunaikan dengan sempurna, manakala bayaran tambahan dikira sebagai sedekah atau sumbangan.
Dari sudut pengurusan cukai pula, rebat zakat yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah berdasarkan jumlah zakat yang benar-benar telah dibayar kepada institusi zakat yang diiktiraf, sebagaimana yang dinyatakan dalam resit atau penyata rasmi. Penentuan rebat ini tidak dibuat berdasarkan anggaran kadar zakat yang sepatutnya dikenakan, sebaliknya merujuk kepada jumlah bayaran sebenar yang telah direkodkan. Oleh itu, pengisian rebat cukai berdasarkan penyata zakat yang sah adalah dibenarkan dan tidak dianggap sebagai kesalahan.
Sekian, terima kasih.