BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya, saya telah menyertai aktiviti sukarelawan larian yang di anjurkan oleh pihak tertentu. Saya telah ditugaskan untuk menjaga bahagian stor barangan. Adalah kesilapan saya telah mengambil barang pihak penganjur seperti baju yang berlebihan. Menurut kawan yang telah lama bekerja dengan pihak penganjur, baju² yang berlebihan ini hanya akan disimpan di stor mereka & telah terlalu banyak. Jadi saya kini berasa bersalah dengan apa yang telah saya lakukan. Adalah mustahil untuk saya memulangkan baju² tersebut kerana saya takut untuk berhadapan dengan pihak penganjur & tidak mengenali mereka. Jadi apakah pandangan daripada pihak tuan dengan masalah saya ini? Adakah saya patut buang baju tersebut @ memulangkannya kembali. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mengambil sesuatu barangan tanpa keizinan pemiliknya adalah berdosa. Justeru, pihak tuan hendaklah mendapatkan kebenaran pengajur atau wakilnya berkenaan baju yang telah diambil. Jika tidak mendapat kebenaran, hendaklah memulangkannya semula di stor tersebut. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurrah Al-Raqashiyy RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:-

لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِطِيْبِ نَفْسٍ مِنْهُ

Maksudnya : Tidak halal harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan dari jiwanya. (Riwayat Ahmad)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 87

message user image