BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum, saya ingin bertanya.

jikalau nama seseorang itu muhammad hafiz, apakah hukum membuang surat yang mengandungi nama orang tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد.

Merujuk kepada persoalan saudara, membuang surat yang ada nama Muhammad Hafiz tidak salah dan tidak haram, kerana ia merujuk kepada individu biasa, bukan Nabi Muhammad SAW. Namun, sebagai langkah adab dan ihtiyat (berhati-hati), sebaiknya jangan dibuang di tempat kotor. Apa-apa yang ada kaitan dengan nama Allah, ayat al-Quran, atau nama Nabi Muhammad SAW perlu dijaga daripada penghinaan. Tetapi jika hanya nama orang biasa, tidak sampai haram membuangnya, cuma lebih utama menjaga adab.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 27

message user image