BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum saya selaku peniaga yang menjual produk apple seperti iphone dalam isu boikot


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, boikot ekonomi merupakan suatu tindakan menzahirkan bantahan terhadap sesuatu perkara. boikot digunakan sebagai antara strategi yang ampuh dan dilakukan secara meluas terutama ketika krisis Israel-Palestin yang berlaku sejak sekian lama. Hukum boikot adalah harus pada asalnya, dan ia boleh berubah menjadi wajib jika yakin bahawa duit tersebut akan digunakan untuk membantu perkara maksiat termasuk membantu pihak musuh dalam memerangi umat Islam. Walau bagaimanapun, dari sudut keabsahan jual beli, penjualan dan pembelian sesuatu produk sama ada produk yang menyokong Israel atau sebaliknya adalah sah di sisi syarak. 

Sehubungan itu. dalam konteks pekerjaan yang dinyatakan, hukum sebagai francaisi bagi syarikat francaisor yang membayar royalti kepada syarikat induk yang mungkin terlibat dengan menyumbang kepada negara haram Israel adalah harus dan gajinya adalah halal selagi mana syarikat yang mereka bekerja tidak membantu Israel secara langsung seperti memberi sumbangan atau lain-lain.

Walau bagaimanapun, umat Islam hendaklah melakukan boikot dengan penuh hikmah dan memastikan maklumat diperolehi benar dan mematuhi etika yang digariskan oleh Islam supaya tidak berlaku kezaliman terhadap syarikat yang sebenarnya tidak menyokong penindasan dan keganasan Israel ke atas Palestin. Perlu ditegaskan juga bahawa  sememangnya kempen boikot adalah antara senjata yang berkesan untuk melemahkan musuh Islam, namun ia mestilah dilakukan dengan penuh ilmu dan kebijaksanaan serta mematuhi etika yang digariskan Islam.

  والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image