BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya nak tanya isu pasal blind box mainan. Contohlah, saya pergi kedai pasty beli blind box mainan and dia ada tunjuk gambar mainan apa yang kita akan dapat dekat kotak tu. Specifically mainan tu sama je bentuk tapi warna berbeza dan saya kalau beli blind box saya memang tak kisah dapat yang mana sebab saya rasa mainan dia semua comel. Adakah dia haram?. Sebab saya bukan beli blind box yang memang saya tak tahu dalam dia isi apa.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil

Dan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَیۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسࣱ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّیۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman!  sesungguhnya meminum arak,perjudian, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu tergolong dalam kalangan orang-orang yang berjaya

Berdasarkan isu yang dinyatakan, maka perbuatan tersebut adalah harus kerana blind box itu memaparkan jenis barang yang sama dalam setiap blind box, kadar harga barang yang setara dan tiada unsur penipuan serta perjudian yang boleh merugikan pembeli.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image