BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WRT. Jemaah tabligh telah berpecah kepada jemaah Maulana Saad dan jemaah Syura Alami. Sebagai orang awam, saya menjadi keliru untuk ikut jemaah yang mana satu. Banyak fatwa dari luar negara termasuk Darul Uloom Deoband tentang kata-kata Maulana Saad yang bertentangan dengan syariat tetapi majoriti di Malaysia mengikut Maulana Saad. Adakah saya perlu beralih kepada Syura Alami supaya akidah dan syariat saya terjaga? disertakan juga link kepada fatwa-fatwa luar negara. Mohon jasa baik pihak SS tuan mufti kaji perkara ini. Terima kasih.

https://tablighi-jamaat.com/ur/%d8%af%d8%a7%d8%b1%d8%a7%d9%84%d8%b9%d9%84%d9%88%d9%85-%d8%af%db%8c%d9%88%d8%a8%d9%86%d8%af-%d9%85%d9%88%d9%84%d8%a7%d9%86%d8%a7-%d8%b3%d8%b9%d8%af-2023-%d8%a7%d8%b1%d8%af%d9%88-%d8%aa%d8%a7%d8%b2-2/

https://tablighi-jamaat.com/en/maulana-saad-darul-uloom-deoband-fatwa-2023-latest-english-translation/

http://chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://tablighi-jamaat.b-cdn.net/wp-content/uploads/2022/11/Mujlisul-Ulama-on-Ml-Saad-1.pdf

https://tablighi-jamaat.com/en/majlisul-ulama-of-south-africa-on-ml-saad/

https://tablighi-jamaat.com/en/fatwas/


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan berkenaan isu jemaah tabligh, pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor pada masa ini tidak dapat memberikan sebarang pandangan berhubung dakwaan yang ditujukan kepada jemaah Maulana Saad. Siasatan serta kajian yang menyeluruh terhadap dakwaan tersebut perlu dibuat bagi mendapat gambaran dan fakta yang sebenar.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 52

message user image