BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya Nor ingin bertanya tuan berkenaan soalan yang agak berat iaitu berkenaan jualan bahan di canva.

Untuk pengetahuan tuan, saya pada hari ini (29/1/2026) baru mengetahui sesungguhnya saya telah melanggar syarat canva yang tidak membenarkan menjual bahan atau menggunakan template asal walaupun saya telah tukar kepada Jawi dan BM serta tukar gambar dan bahan lain dan saya menjualnya dalam bentuk pdf, ia dikira salah. Sesungguhnya saya benar-benar tidak tahu dan ia adalah KESILAPAN saya sendiri yang tidak usul periksa sebelum mengedit dan seterusnya menjual bahan tersebut. Saya menyesal dengan tindakan saya dan saya telah menghentikan terus penjualan bahan yang tidak dibenarkan serta memadam semua iklan.

Hampir 1 ribu orang telah membeli bahan saya, dan adakah saya perlu membayar duit mereka semula yang berjumlah hampir 7 ribu atau lebih? 

Semoga tuan dapat menjawab persoalan saya ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.

Dan Daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، والْحَرَامَ بَيِّنٌ

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas……. (Riwayat Bukhari)

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, larangan yang tidak boleh dilakukan adalah menjual apa-apa element tunggal atau template dalam bentuk asal tanpa diubah atau perubahan yang dibuat tidak signifikan. Namun, sekiranya template yang disediakan telah mengalami perubahan yang signifikan dengan tambahan gambar atau rekabentuk menggunakan kretiviti pengguna, maka tiada halangan untuk menjual hasil kerja tersebut kepada orang lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image