BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Suami mempunyai 3 orang anak (2 lelaki, 1 perempuan) daripada perkahwinan terdahulu dan mempunyai 4 anak lelaki daripada perkahwinan kami. Anak2 tiri saya telah dewasa dan telah berkeluarga manakala anak2 saya masih di bawah umur. Suami saya baru meninggal dunia. Waris faraid bagi harta suami adalah saya, ibunya, 6 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Soalan saya, adakah anak2 tiri saya ada tanggungjawab kepada anak2 saya yang sebapa dengan mereka itu? 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, ya, anak-anak tiri puan (adik-beradik sebapa anak puan) mempunyai tanggungjawab moral dan sosial yang besar terhadap satu sama lain, terutamanya dari sudut menjaga silaturahim, saling membantu ketika kesusahan, dan menyokong emosi serta kebajikan.

Dalam Islam, hukum adik-beradik bertanggungjawab terhadap adik-beradik yang lain adalah wajib dari sudut menjaga silaturahim untuk membantu dari segi material atau moral, terutamanya ketika kesusahan. Tanggungjawab ini merangkumi kasih sayang, menyokong, dan melindungi, serta merupakan sebahagian daripada sempurnanya iman. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 1:

(1) وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا...

Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Oleh yang demikian, Islam menekankan kepentingan ikatan kekeluargaan dan saling membantu sesama adik-beradik. Hubungan adik-beradik bukan sekadar hubungan darah, tetapi hubungan tanggungjawab untuk saling membantu dan menjaga satu sama lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 33

message user image