Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Bolehkah seorang isteri hadir ke majlis bacaan yasin dan tahlil arwah suami yang diadakan di rumah mertua. Hanya berada dalam tempoh masa yang singkat dan berada di dalam rumah sahaja.
Jawapan
Merujuk kepada soalan saudari, seorang isteri yang masih dalam tempoh iddah kematian suami pada asasnya wajib tinggal di rumah dan tidak keluar tanpa keperluan. Namun, dia dibolehkan hadir seketika ke majlis bacaan Yasin dan tahlil arwah suaminya di rumah mertua jika ada keperluan yang munasabah, dengan syarat tidak berhias, tidak bercampur secara bebas dengan lelaki ajnabi, tidak bermalam dan terus pulang selepas selesai.
Sekian, terima kasih.