Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Apakah hukum membeli dan memakai minyak wangi inspired/dupe yang mana baunya seakan/hampir sama dengan minyak wangi mahal daripada jenama lain tetapi mereka menggunakan botol/packaging/logo dan jenama yang berbeza. Hanya bau yang hampir sama.
Jawapan
Dupe adalah singakatan kepada “duplicate” yang bermaksud bau sesuatu minyak wangi hampir 90-95% sama dengan minyak wangi original. Manakala inspired merujuk kepada minyak wangi terinspirasi atau mempunyai vibe daripada minyak wangi asal. Ciri-ciri bau minyak wangi inspired mempunyai sedikit elemen bau yang boleh membuatkan seseorang teringat dengan minyak wangi original.
Bagi menjawab berkenaan isu ini, hukum membeli dan menjual minyak wangi dupe dan inspired adalah diharuskan dengan syarat-syarat tertentu. Syaratnya adalah tidak berasaskan bahan yang bernajis atau haram serta hendaklah tidak meniru patern, logo dan jenama produk minyak wangi asal.
Sekian, terima kasih.