Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya dengan hormatnya ingin memohon penjelasan dan pandangan daripada pihak Pejabat Mufti Selangor berkaitan isu pembahagian harta pusaka dan wasiat arwah menurut hukum syarak.
Untuk makluman pihak tuan, semasa hayatnya arwah telah berpesan dan membuat pembahagian bahagian tanah kepada individu tertentu serta menukar nama pemilikan tanah tersebut kepada masing-masing. Selain itu, selepas meninggal dunia, arwah turut meninggalkan wasiat dengan butiran seperti berikut:
Wang simpanan Tabung Haji diwasiatkan untuk diwakafkan.
Gelang emas dibahagikan mengikut bahagian yang telah ditetapkan kepada individu tertentu.selebihnya di wakafkan.
Wang daripada insurans serta hasil jualan kenderaan diminta untuk dibahagikan sama rata.
Sehubungan itu, timbul beberapa persoalan berkaitan kedudukan pembahagian tersebut dari sudut hukum syarak, khususnya:
Kesahan pembahagian harta yang di wakafkan.Adakah ada hak saya dalam harta yang di wakafkan dalam wasiat, ada yang saya dengar hanya 1/3 wajib di wakafkan.
adakah roh di sana tidak tenang atau kecewa bila saya tidak mengikut wasiat yang sudah tertulis khususnya harta yang niat di wakafkan.
Segala perhatian, pandangan dan nasihat daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berikut merupakan kaedah-kaedah untuk menguruskan harta pusaka yang berwasiat:-
Sekiranya wasiat wakaf tersebut tidak melebihi 1/3 bahagian daripada keseluruhan harta si mati, maka bakinya adalah pusaka yang perlu difaraidkan kepada waris-waris yang berhak. Merujuk kepada persoalan berikutnya, tidak ada nas atau dalil yang menyatakan roh di sana tidak tenang sekiranya tidak mengikut wasiat yang sudah tertulis kewajipan menunaikan wasiat tersebut hanya 1/3 daripada keseluruhan harta si mati.
Sekian, terima kasih.