Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum... Adakah jatuh talak sekiranya saya berkata 'tak tanggalkan Kain jatuh talak'
Jawapan
Ucapan suami kepada isteri: 'tak tanggalkan Kain jatuh talak' boleh dianggap sebagai lafaz taklik talak. Sekiranya isteri menanggalkan kain dalam masa yang membolehkan dia menanggalkan kain, maka talak tidak berlaku. Namun, jika isteri tidak menanggalkan kain dalam masa yang munasabah bagi isteri untuk menanggalkan baju, maka talak berlaku.
Walau bagaimanapun, pihak yang berbidang kuasa menentukan suatu lafaz taklik talak itu sah dan taklik talak telah berlaku adalah Mahkamah Syariah. Oleh itu, disarankan untuk merujuk perkara ini ke Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam terdekat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih