BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

soalan saya : suami telah melafazkan cerai talak 1 kepada saya dalam keadaan dia sakit terlantar dan tidak sihat (doktor sah kan mental dia tak normal di sebabkan kuman telah merebak ke otak,suami saya mengidap penyakit kanser usus tahap 4.

Adakah sah lafaz cerai itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan, jika lafaz talak 1 yang disebut oleh suami itu merupakan lafaz sorih, maka boleh menyebabkan talak jatuh ke atas isteri walau bagaimana sekalipun keadaan suami ketika melafazkannya. Berkenaan perkara ini puan dikehendaki segera kemukakan ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk membuat pengesahan status perkahwinan. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang boleh mengesahkan perkara ini.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 75

message user image