BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Mohon pencerahan.

 

suami ada tanya kenapa saya selalu malas layan dia dan saya jawab dengan bagitahu apa yang saya tak senang dengan perangai dia. Suami cakap kalau "kalau awak fikir awak takde salah saya ceraikan awak". Saya tidak puas hati dia asyik Cuba menyalahkan saya walaupun dia yang tanya soalan dan saya cakap "ya semua salah saya" dan ada selepas itu saya bagitahu benda lain yang saya kurang senang dengan dia dan saya kata "Bukan saya atau awak 100% salah. Ada Yang saya perlu ubah dan ada dia perlu ubah." Jatuhkah talak ekrana saya tak tahu dengan yakin apa yang saya fikir kan pada waktu itu. Untuk penjelasan saya ada masalah was-was (OCD) yang disahkan doktor pakar. Terima kasih ustaz 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan:

Lafaz suami kepada puan "kalau awak fikir awak takde salah saya ceraikan awak" merupakan suatu cadangan atau pemberitahuan bahawa sekiranya isteri merasakan tidak bersalah, maka suami akan menceraikannya. Sekiranya suami ingin benar-benar menceraikannya, maka suami perlu melafazkan dengan lafaz talak yang jelas dan pasti kepada isteri bahawa dia menceraikannya seperti kata-kata: "aku ceraikan engkau". Namun sebagai nasihat bersama, sebaiknya jangan mudah melafazkan lafaz talak kerana dibimbangi talak boleh berlaku jika dilafazkan secara sorih atau jelas sebagaimana contoh yang diberikan walaupun tanpa niat..

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 40

message user image