Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah,
saya ingin bertanya, apakah hukum minum air Barbican?
Sekian, terima kasih ustaz/ustazah.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
Dan Daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، والْحَرَامَ بَيِّنٌ، وبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وعِرْضِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara samar (syubhat) yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga (menjauhi) perkara syubhah (kesamaran), maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya. (Riwayat Bukhari)
Barbican adalah minuman malt berkarbonasi yang berasal dari Bahrain dan terkenal di banyak negara Muslim. Barbican adalah minuman malt non-alkohol dengan berbagai rasa seperti epal, delima, nenas dan lain-lain perasa. Sekiranya barbican yang dibeli berlabel 0.0% dan mempunyai tanda halal, maka ia boleh diminum. Jika tiada halal atau ragu-ragu, sebaiknya dihindari sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW di atas.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih