BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya ada anak saudara perempuan yg telah melahirkan anak tidak sah taraf. 

Adik lelaki saya telah mengambilnya sebagai anak angkat yg sah mengikut undang2 malaysia sejah dari hari pertama dan sekarang telah berusia 10 tahun.

Adakah isteri adik saya dengan anak itu dikira mahram dan sekiranya anak itu telah baligh, adakah haram baginya menyentuh anak itu tanpa alas dan auratnya sama seperti bukan mahram. 

Utk pengetahuan, adik ipar saya tidak dpt menyusukan anak berkenaan semasa kecil walaupun pelbagai usaha telah dibuat tetapi gagal.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan, kemahraman anak tidak sah taraf adalah mengikut jalur/nasab sebelah ibu kandung anak tersebut. Maksudnya, kewajipan menanggung/ menafkahi anak tidak sah taraf ini adalah ibunya dan saudara mara sebelah ibunya. Begitu juga anak ini hanya boleh mewarisi harta pusaka ibu dan keluarga ibu kandungnya sahaja. Justeru, ia juga bersangkut paut dengan kemahraman anak tersebut iaitu hanya mahram dengan keluarga sebelah ibu kandungnya sahaja.  

Berikut adalah butiran mahram bagi anak tidak sah taraf (lelaki/perempuan):

  • Ibu Kandung: Ibu yang melahirkan anak tersebut

           Keluarga sebelah ibu iaitu:

  • Nenek: Ibu kepada ibu dan seterusnya ke atas.
  • Datuk: Bapa kepada ibu dan seterusnya ke atas
  • Emak dan bapa saudara: Adik-beradik ibu.
  • Adik-beradik: Anak-anak kandung ibu.

Berdasarkan kenyataan puan, jika adik lelaki puan mengambilnya sebagai anak angkat (tanpa disusukan) maka kemahraman anak tersebut dengan isteri adik lelaki puan adalah bukan mahram dan batal wuduk apabila menyentuh atau bersalaman dengannya serta perlu menjaga batas aurat apabila serumah dengannya ketika sudah baligh. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 36

message user image