Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya merancang untuk berkahwin tahun depan dengan pasangan tetapi terdapat 1 pertanyaan mengenai wali bagi pihak perempuan.
Untuk bahagian tarikh pernikahan ibu bapa, tidak saya tahu dan juga tiada simpanan untuk sijil nikah ini kerana saya sudah tiada ibu bapa lagi.
Bagaimana proses untuk saya lakukan bagi mendapatkan tarikh nikah dan sijil nikah ibu bapa saya?
Harap dapat maklum balas secepat mungkin.
Terima kasih.
Anna
Jawapan
Menjawab persoalan saudari, berkenaan wali, jika saudari tidak mempunyai wali lain mengikut susunan wali, boleh membuat permohonan menggunakan Wali Hakim. Walau bagaimanapun, bagi urusan permohonan nikah dan apa jua dokumentasi yang berkaitan dengannya jika terdapat sebarang kemusykilan saudari boleh terus merujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya kerana mereka mempunyai bidang kuasa terhadap urusan pernikahan.
Sekian, terima kasih