BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, apakah maksud 'Pernah dimandikan bunian'? . Saya sudah pergi berubat dengan beberapa perubat islam dan mereka semua menceritakan hal yang sama iaitu saya pernah dimandikan bunian ketika kecil. Tetapi, mereka tak menceritakan punca dan sebab kenapa ianya terjadi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebaiknya perkara ini dijelaskan oleh pengamal perubatan tersebut. Adapun, alam ghaib itu wujud. Namun, sebarang kemanfaatan dan kemudharatan yang berlaku adalah atas kehendak Allah SWT. Kita wajib beriman kepada Rukun Iman yang enam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 188

message user image