BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

Saya ada soalan yang berkaitan dengan anak angkat. Saya telah mengambil anak angkat perempuan dan disusukan oleh adik ipar saya (isteri adik saya) makanya telah menjadi anak saudara susuan saya, soalan saya bagaimana pula batas aurat dengan suami saya (bapa angkat) tersebut

Terima Kasih...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, anak angkat perempuan tersebut telah disusukan oleh adik ipar saudari, oleh itu, anak tersebut menjadi anak susuan kepada adik ipar dan suaminya, serta menjadi anak saudara susuan saudari.

Namun begitu, dari sudut hukum syarak, anak tersebut tidak mempunyai hubungan mahram dengan suami saudari kerana saudari sendiri tidak menyusukannya. Hubungan mahram melalui susuan hanya terjalin antara anak dengan wanita yang menyusukan serta suami wanita tersebut, bukan dengan ahli keluarga yang lain.

Sehubungan itu, anak angkat perempuan tersebut bukan mahram kepada suami saudari. Apabila anak itu mencapai umur baligh, maka wajib menjaga batas pergaulan dan aurat seperti antara lelaki dan perempuan ajnabi (bukan mahram). Tidak dibenarkan bersentuhan dan perlu memelihara adab serta batas syarak dalam pergaulan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image