BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum menjual burung pipit ke kedai burung dan kita mengetahui kedai tersebut menjual burung untuk tujuan ritual agama


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Hukum menjual burung pipit kepada kedai burung, terutamanya jika diketahui burung tersebut akan digunakan untuk tujuan ritual agama yang bertentangan dengan syariat Islam, adalah tidak dibenarkan.

Secara umum, penjualan burung adalah dibenarkan dalam Islam jika burung tersebut mempunyai manfaat yang halal, seperti untuk dimakan, diburu, atau dinikmati suaranya atau warnanya.

Para fuqaha berpendapat bahawa dibolehkan menjual burung yang dagingnya boleh dimakan seperti burung merpati, burung pipit dan lain-lain kerana ia bermanfaat, maka dibolehkan menjualnya seperti unta, lembu dan kambing.

Walau bagaimanapun, jika tujuan penjualan itu adalah untuk perkara yang haram atau maksiat, maka penjualan tersebut menjadi tidak sah atau haram. Ini kerana dalam Islam, tidak dibenarkan membantu atau menyokong perbuatan dosa.

Merujuk kepada persoalan tuan, jika burung pipit itu dijual untuk tujuan ritual agama yang tidak selari dengan ajaran Islam, maka ia termasuk dalam kategori membantu kepada kemaksiatan dan syirik.

Oleh itu, menjual burung pipit kepada kedai burung yang diketahui akan menggunakannya untuk tujuan ritual agama yang bertentangan dengan syariat Islam adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ia dianggap sebagai membantu kepada perbuatan maksiat, walaupun penjualan burung itu sendiri pada asalnya adalah halal jika untuk tujuan yang dibenarkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image