BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukumnya (dibenarkan atau tidak) untuk suatu syarikat percetakan yang dimiliki oleh yang beragama Islam untuk mencetak suatu buku kecil menurut permintaan sekali sahaja daripada pelanggannya, yang mengandungi ayat-ayat daripada kitab suci untuk kegunaan suatu pengebumian ahli keluarga pelanggannya itu? 
 

Adakah ini terpakai:  https://ciri.islam.gov.my/view/fatwa_cetak.php?id=12561


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan pautan link yang diberikan, tidak bertepatan dengan permasalahan yang diadukan. Pautan menjurus kepada penggunaan logo dan lambang agama lain yang dipakai oleh seorang muslim.

Adapun berdasarkan soalan yang diberikan, ia kembali kepada hukum asalnya iaitu diharuskan dan ia bertepatan dengan kaedah yang menyebutkan:

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلَّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ.

Maksudnya: Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).

Secara asasnya, ia diharuskan, namun perlu diteliti adalah tujuan percetakan itu tidak menjurus kepada merendahkan maruah Islam, penyebaran agama lain dan perkataan (maksud) yang membawa kepada gambaran agama tersebut adalah benar, atau jelas ia mengandungi lambang dan identiti agama lain itu dan seumpamanya, maka ia adalah tidak dibolehkan. Bahkan tidak syak lagi ia adalah diharamkan kerana ia melibatkan perbuatan membantu ke arah syirik dan dosa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 2:

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 9

message user image