Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
saya sedang dalam iddah kematian suami, saya sedang mengalami sakit gigi dan berpuasa. Saya ada anak yang berusia bawah 7 tahun dua orang. Jadi saya ingin bertanya bolehkah saya pulang ke rumah ibu sehingga gigi saya sembuh, dan juga terdapat urusan suami iaitu pinjaman rumah bank dilakukakn pada cawangan berdekatan rumah ibu. Jadi saya ingin meminta ibu bawakan saya pergi dalam masa terdekat juga. Setelah gigi sembuh dan urusan selesai saya pulang sambung iddah di rumah sendiri.(rumah suami).
Jawapan
Menjawab persoalan puan, adalah harus bagi puan keluar rumah untuk mendapatkan rawatan (sakit gigi) dan mengurus urusan berkaitan arwah suami serta pulang ke rumah ibu sehinggalah urusan tersebut selesai dan pulang semula ke rumah untuk sambung iddah. Semoga dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga.
Sekian, terima kasih