BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tanya kalau suami saya salam mak saya mencium tangan dan berlaga pipi adakah ia dikira melebihi batas sbb ayah  saya kata tak perlu sehingga berlaga pipi kerana mak saya masih belum menopause dan adakah ia dikira kurang beradab di sisi islam?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan saudari, ibu mentua merupakan mahram kepada suami, maka bersentuhan seperti bersalam dan mencium tangan adalah harus dalam Islam. Berlaga pipi juga tidak dianggap haram kerana hubungan mahram tidak bergantung kepada sama ada ibu mentua telah menopause atau belum.

Namun dari sudut adab dan kesopanan dalam keluarga mertua menurut Islam dan menurut kehidupan Rasulullah SAW, memadai sekadar bersalam dan mencium tangan supaya lebih menjaga batas serta menghormati pandangan keluarga kerana adab dan kesopanan yang baik dan sederhana menjamin mengekalkan hubungan kekeluargaan yang harmoni.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image