BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum mufti.

Saya ingin bertanya. Kakak saya ambil anak angkat lelaki tapi saya susukan 5 kali kenyang. Anak tu dikira anak saudara susuan kakak saya. Jika anak angkat tu berkahwin bila dah besar nanti, adakah anak kepada anak angkat tu menjadi mahram kepada kakak saya dan suaminya?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari,  anak angkat lelaki yang telah disusukan sebanyak lima kali kenyang dalam tempoh dua tahun menjadi anak susuan, menjadikan saudari dan suami sebagai ibu-bapa susuan, manakala kakak saudari dan suami adalah bapa saudara susuan. Oleh itu, apabila anak angkat tersebut mempunyai zuriat, anaknya (cucu susuan) turut menjadi mahram kepada kakak dan suami saudari kerana hubungan susuan mengharamkan sebagaimana hubungan nasab.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image