BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Dato Mufti 

 

1. Saya ada waswas dengan talak iaitu banyak kali saya dapat lintasan hati untuk cerai dan saya lawan tapi susah sangat kadang saya Takut saya terniat dalam hati untuk cerai apabila saya cakap contohnya : kau pergi dulu lah , kau keluar sekejap , dan rasa kita macam belum kawin lah ( dalam erti guraun ) dan sebagainya . Sebab ini macam talak kinayah dimana kalau hati niat akan terjatuh. Jadi perlu ke saya tidak cakap perkataan itu sebab Takut terlintas dan terniat cerai atau cakap sahaja macam normal dan abaikan lintasan tu walaupun tahun ia akan datang.

 

2. Lagi satu bole saya tahu macam mana nak tahu iaitu lintasan atau kita niat talak ? 

 

3. Adakah talak takliq di dalam hati kira juga sebab saya dengar kena lafaz baru bole sah  

 

4. Adakah Lafaz " kita bercerai " , aku cerai dan juga  contoh " kau bukan isteri aku tapi kawan baik aku. Ada terlintas talak atau saya niat talak adakah ia jatuh ? 

 

Terima kasih Dato Mufti


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan:

1. Perasaan tidak tenang, was‑was, atau fikiran yang kerap memikirkan sama ada talak jatuh atau tidak bukanlah tanda bahawa talak itu memang berlaku. Dalam fiqh, talak tidak berlaku hanya dengan syak atau was‑was. Kaedahnya:

اليقين لا يزول بالشك

Yang maksudnya : Keyakinan tidak hilang dengan sebab keraguan.

Maknanya tuan tidak perlu risau untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut kerana tuan memang tiada niat pun untuk bercerai.

2. Lintasan hati dan niat adalah dua perkara yang berbeza dan lintasan hati bukanlah niat. Lintasan hati adalah pemikiran atau idea yang datang dalam hati secara tiba-tiba. Sedangkan niat adalah keinginan atau kehendak yang disertai dengan azam dan keputusan untuk buat sesuatu. Lintasan hati boleh hadir pada perkara yang baik atau buruk. Ia boleh berlaku dengan sebab gangguan daripada syaitan yang sememangnya suka membisik-bisikkan ke dalam hati manusia lebih-lebih lagi dalam perkara buruk yang tujuannya untuk menyesat dan menyusahkan hidup manusia.

3. Talak taklik dalam hati tidak dikira sebagai talak.

4. Lafaz " kita bercerai " dan "aku cerai" adalah lafaz cadangan yang tiada kaitan dengan lafaz sorih atau kinayah. Adapun lafaz "kau bukan isteri aku tapi kawan baik aku" adalah lafaz kinayah yang mana sekiranya suami berniat cerai, maka talak boleh jatuh.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image