BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang lafaz taklik yang suami saya lafaz. Pada mulanya, ada satu scene di tv ni, lepastu suami cakap dekat saya "i suka macamni, perempuan ni dia rasa tak layak untuk lelaki yang hebat n bekerjaya" .. saya sebagai isteri memang tau dia selalu sindir saya sebab saya tak bekerja.. jadi selepas dia cakap macamtu saya merajuk dan kemudian dia minta maaf and cakap "kalau i sebut lagi pasal pekerjaan macamtu, kita cerai" lepastu dia betulkan ayat dia "kalau i sebut lagi macamtu, i cerai u".. lepastu memang dia tak cakap dah cuma kadang2 saya yang tiba2 termula tanya dia macam2.. sampai dia terjawab tentang pekerjaan yang menjurus kepada nak menyindir saya. Jadi, saya konfius sekarang sama ada dah jatuh talak ke tak. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, lafaz suami puan, “kalau i sebut lagi macam tu, i cerai u”, bukanlah lafaz taklik talak. Sebaliknya ia adalah pemberitahuan atau perkhabaran yang mengatakan hasrat, keinginan atau janji suami jika sebut lagi perkara itu, dia akan menceraikan isterinya.

Seandainya selepas daripada itu, suami ada menyebut lagi perkara itu, dan dia hendak memenuhi hasrat atau janji untuk menceraikan isterinya, maka suami perlu melafazkan talak kepada isteri. Namun jika suami tidak ingin meneruskan hasratnya, maka talak tidak berlaku.

Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini, sila rujuk kepada Unit Undang-Undang Keluarga Islam di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image