Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya dan suami ada bergaduh mulut. Dan dalam perbalahan tersebut suami saya ada menyebut perkataan "pergilah balik rumah mak, bungkus baju semua tak payah balik sini dah".
Saya tidak pasti suami saya menyebut perkataan tersebut dengan niat untuk bercerai atau tidak. Adakah ini tergolong dalam lafaz taklik atau lafaz kinayah?
Jawapan
Menjawab persoalan puan, ayat yang disebut oleh suami iaitu : "pergilah balik rumah mak, bungkus baju semua tak payah balik sini dah", boleh dikategorikan sebagai lafaz cerai secara kinayah (kiasan). Lafaz sebegini memerlukan kepada niat suami. Jika suami berniat cerai semasa berkata ayat itu, maka boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Adapun, jika suami tidak berniat cerai, maka tidak jatuh talak ke atas isteri. Justeru, isteri hendaklah bertanya kepada suami apa niat dia semasa berkata sedemikian.
Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan pengesahan lanjut, puan boleh membuat pengesahan di Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal yang berbidangkuasa.
Sekian, terima kasih