BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Sy ingin bertanya hukum memakan buah mangga atau tanaman yg jiran Sy bagi dekat sy tetapi dia menyewa rumah.katanya tuan rumah dia bagi dia makan so boleh ke dia bagi Sy pula


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, hak buah dan tanaman tetap milik tuan rumah kecuali ada izin jelas daripada tuan rumah. Jika tuan rumah telah mengizinkan penyewa untuk makan buah mangga atau tanaman tersebut, maka penyewa boleh menikmatinya. Dalam keadaan itu, penyewa juga boleh memberikan kepada orang lain (seperti jiran saudara mara dan sebagainya) kerana ia termasuk dalam izin yang diberikan. Jika tuan rumah izinkan penyewa makan buah mangga secara umum, maka harus bagi penyewa untuk berkongsi dengan jiran. Namun jika keizinannya hanya khusus untuk penyewa, larangan memberi kepada orang lain, maka tidak boleh diberikan kepada orang lain tanpa keizinan tuan rumah. 

Namun, berasaskan sifat warak dan sikap berhati-hati, disarankan agar seseorang tidak mengambil atau memakan hasil tanaman tersebut melainkan setelah mendapat keizinan yang jelas dan langsung daripada pemiliknya. Hal ini bertujuan untuk memelihara diri daripada terjebak dengan harta yang tidak halal serta memastikan keharmonian hidup berjiran sentiasa terpelihara.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 87

message user image