Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam, wajibkah menunaikan nazar jika nazar tersebut merupakan perkara yg dilarang dilakukan dlm islam
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, lafaz nazar untuk melakukan perkara yang dilarang dalam islam adalah tidak sah. Allah SWT menyuruh manusia patuh dan taat kepada perintah-Nya dan jauhi dari melakukan kemaksiatan. Kita wajib melaksanakan perintah Allah SWT dan jauhi apa yang dilarang-Nya. Justeru, tidak sah bernazar untuk melakukan perkara yang dilarang dalam islam.
Sekian, terima kasih.