BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

 

Saya nak bertanya. Mak saya meninggal pada tahun lepas, 10/08/2025. Dan kami merancang nak buat tahlil arwah mak untuk setahun. Betul ke orang tua-tua selalu cakap buat tahlil setahun ikut calendar bulan islam? Tak boleh ke buat pada 10/08/2026? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dalam Islam, doa dan bacaan tahlil untuk arwah adalah amalan yang baik kerana ia termasuk dalam bentuk sedekah pahala kepada si mati. Namun, perlu difahami bahawa tiada ketetapan syarak yang mewajibkan tahlil dilakukan pada tarikh tertentu seperti genap setahun.

Majlis tahlil boleh dilakukan bila-bila masa, sama ada pada tarikh kematian, tarikh setahun, atau bila keluarga berhasrat untuk berkumpul dan berdoa. Yang penting ialah niat ikhlas dan doa yang berterusan untuk arwah, bukan semata-mata tarikh. Kesimpulannya, keluarga puan bebas memilih tarikh yang sesuai sama ada ikut Hijri atau Masihi. Kedua-duanya sah dan tidak bercanggah dengan syariat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 62

message user image