Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..saya ada pertanyaan berkenaan status hubungan dengan suami. Berlaku sedikit pertengkaran antara saya dan suami. Dalam pertengkaran tersebut saya telah menyebut perkataan bodoh (tidak tertuju kepada sesiapa. Saya hanya bercakap sendirian). Suami terdengar dan berkata jika perkataan tersebut tertuju padanya maka jatuh talak. Adakah telah jatuh talak?
Jawapan
Menjawab persoalan puan, situasi tersebut tidak menyebabkan jatuh talak ke atas isteri kerana perkataan "bodoh" itu tidak ditujukan kepada suami. Justeru ia tidak terkait dengan taklik suami iaitu : jika perkataan tersebut tertuju padanya maka jatuh talak. Jika ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh hubungi Pejabat Agama Islam yang berdekatan untuk maklumat selanjutnya.
Sekian, terima kasih