Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum, saya mahu bertanya .. Adakah jatuh talak keatas diri saya.. saya dgn suami ada sedikit selisih faham suami dalam keadaan separa sedar die ada ckp " baba rasa mcm nak ceraikan mamalah" " baba tak tenang hidup dgn mama" " tunggu je surat cerai " dlm keadaan marah dan separa sedar..
Selang beberapa jam tu, saya ada cuba berckp dgn die tapi die ada cakap " kan baba dah cakap nak ceraikan kau" dlm keadaan yg sama marah dan tak sedar, sbb saya ada tanya pada keesokkan harinya adakah die ingat apa yg die lafazkan.. die ckp tak ingat apa yg die ckp, kami ada bersama pagi tu..
Soalan saya, adakah talak telah jatuh keatas diri saya..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan ayat : " baba rasa mcm nak ceraikan mamalah" " baba tak tenang hidup dgn mama" " tunggu je surat cerai " dan ayat " kan baba dah cakap nak ceraikan kau" boleh dikategorikan sebagai ayat khabari (perkhabaran/ makluman) bahawa suami akan menceraikan isteri dan dihukumkan sebagai tidak jatuh talaq.
Walau bagaimanapun, urusan perceraian adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, justeru puan dan suami boleh kemukakan perkara ini ke Mahkamah Syariah untuk penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.