Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, mungkin saya cuba ringkaskan soalan. Saya rasa terlalu risau setiap hari sampai saya kerap cuba ingat balik ayat lafaznya dalam hati setiap hari sama ada ayatnya ditujukan kepada isteri atau tidak dan adakah lafaznya bersuara atau tidak. Untuk ingat balik apa sebenarnya yang berlaku pada 22 September 2024 ketika saya berseorangan di rumah, saya cuba ingat apa terjadi dan cuba ingat balik jika terlafaz,adakah ayatnya ada objek atau tiada objek sebagai contoh, adakah ayatnya "Aku cer_i tal_k 1 / Aku cer_i tal_k 3" atau "Aku cer_i kau/isteriku/nama isteri tal_k 1 (atau 3)" atau "Cer_i tal_k 1 (atau 3)" atau mana-mana ayat tetapi adakah bersuara atau tiada suara? Setiap hari saya cuba ingat balik sama ada ayatnya mempunyai objek (iaitu isteri) atau tiada sebut objek?
Perkara yang merisaukan saya setiap hari :
1. Adakah lafaznya benar keluar suara atau tidak?
2. Adakah ada sebut objek iaitu isteri sama ada guna kata ganti nama seperti kau/,isteriku atau nama isteri?
3. Jika terlafaz, adakah sebut tal_k 1 atau tal_k 3?
Perkara-perkara ini sering menganggu hati dan fikiran saya setiap hari sampai susah nak pastikan apa sebenar terjadi. Minta maaf kerana kerap bertanya.
Jawapan
Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:
Maksudnya: sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.
Berkaitan dengan kenyataan tuan, dalam kitab I‘anah al-Talibin (Syarh Fiqh Syafi‘i) dijelaskan
Maksudnya: Keraguan (syak) dalam berlakunya talak dihukum seperti tidak berlaku talak.
Oleh yang demikian, jika seseorang ragu sama ada dia telah menjatuhkan talak atau tidak, maka talak itu tidak berlaku. Dalam perkara ini, tuan perbanyakkan lah doa kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk melawan perasaan was-was serta sibukkan lah diri dengan kerja yang sedia ada dan perbanyakkan zikir agar tidak banyak masa dan ruang kosong yang membolehkan syaitan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik dan sebagainya.
Sekian, terima kasih