BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Jatuh ke lafaz kinayah melalui "Kalau ibu balik, kami bercerai"?

maksud saya kat situ, kalau ibu balik jadi makin besar pergaduhan silap2 boleh cerai. Sbb ibu degil. Saya pon tak rajin nak type panjang2. Tapi saya takde niat nak cerai. Maksud saya kat situ, kalau ibu balik kami akan gaduh lagi besar. Sebab isteri saya ugut untuk ikut ibu kalau ibu balik. Tu saya minta ibu jangan balik. Tapi ibu balik jugak


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan saudara, lafaz kinayah adalah lafaz yang memerlukan niat suami ketika suami melafazkan ayat tersebut. Jika suami berniat cerai, maka boleh menyebabkan jatuh talak. Adapun, jika suami tidak berniat cerai, maka talak tidak berlaku. 

Berdasarkan ayat "Kalau ibu balik, kami bercerai" boleh dikategorikan sebagai ayat khabari (perkhabaran/ makluman) bahawa suami isteri akan bercerai. Bermakna belum berlaku perceraian lagi.

Walau bagaimanapun, urusan perceraian adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, justeru  pasangan suami isteri boleh kemukakan perkara ini ke sana untuk penjelasan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image