BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Pertanyaan Mengenai Hukum Percampuran Lelaki dan Wanita dalam Majlis Walimatulurus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya ingin mendapatkan penjelasan dan panduan daripada pihak Tuan Mufti mengenai perkara berikut:

Apakah hukum mengadakan majlis walimatulurus di dalam satu dewan yang sama bagi tetamu lelaki dan wanita (percampuran antara lelaki dan wanita bukan mahram)?

Bagaimana cara atau kaedah terbaik untuk menganjurkan majlis perkahwinan yang dapat memenuhi tuntutan agama (menjaga batasan aurat dan pergaulan) di samping tetap meraikan adat budaya masyarakat kita?

Mohon pihak Tuan Mufti memberikan nasihat dan panduan agar majlis yang dirancang mendapat keberkatan serta menepati syariat Islam.

Segala perhatian dan penjelasan daripada pihak tuan amat saya hargai. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mengikut adat kebiasaan setempat, majlis walimatul urus diadakan dengan pencampuran lelaki dan wanita hendaklah mempunyai batas yang berasaskan syariah. Sekiranya majlis tersebut tidak melanggar syarat-syarat ikhtilat dan percampuran antara lelaki dan perempuan, maka ia adalah diharuskan.

Sebagai cadangan, penganjur disarankan untuk menyediakan susun atur yang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita, memastikan aurat terpelihara dengan memberikan kod pakaian seperti berhijab yang sempurna, pakaian yang tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat dan mengawal bentuk hiburan yang disediakan sepanjang majlis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image