BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukum jika suami tidak balik rumah isteri kedua tetapi atas keinginan dan kerelaan hati isteri kedua tersebut sendiri kerana nikah tanpa pengetahuan isteri pertama. Tapi suami tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawab dan memberi nafkah zahir dan batin.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, keputusan untuk suami tidak balik atau bermalam dengan isteri keduanya dengan kerelaan dan kehendak isteri kedua adalah harus. Giliran bermalam adalah hak isteri, jika isteri gugurkan hak tersebut, maka syariat membenarkan. Adapun, suami yang berpoligami hendaklah berlaku adil terhadap giliran bermalam bagi kedua-dua isterinya. Sebaiknya, perkara seperti ini hendaklah dikendalikan dengan sewajarnya oleh suami yang berpoligami agar tidak menimbulkan permasalahan dikemudian hari. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 78

message user image