BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tanya apakah hukum untuk seseorg itu,

1) dia mendaftar menggunakan beberapa email yang berbeza untuk mana2 aplikasi media social seperti tiktok, foodpanda dan sebagainya

2)  apakah hukum dia membeli barang dengan voucher yang diberi bgi  setiap account yang dia buat dari email berbeza

Seperti contoh : saya buat 2 account di tiktok dgn email yahoo dan apple id dan setiap account saya dapat voucher adakah sah pembelian saya dengan voucher itu pada kedua dua account itu


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, hukum tindakan ini bergantung kepada syarat dan terma (T&C) yang telah ditetapkan oleh pihak penyedia (TikTok, Foodpanda dan seumpamanya). Jika syarikat jelas menyatakan bahawa individu hanya boleh ada satu akaun sahaja atau satu kali tebus voucher, maka membuka banyak akaun dengan emel yang berbeza untuk menggandakan voucher adalah perbuatan menipu dan hukumnya adalah haram. Pembelian yang dibuat tetap sah dari sudut pemilikan barang, akan tetapi pendapatan atau manfaat yang diperoleh melalui penipuan adalah berdosa dan tidak berkat. 

Jika tiada syarat yang mengehadkan bilangan akaun per individu dan sistem membenarkan pengguna menggunakan banyak akaun tanpa larangan, maka hukumnya harus selagi tiada unsur penipuan, manipulasi sistem atau pelanggaran polisi (undang-undang ditetapkan). 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image