Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Subjek: Permohonan Pandangan Hukum Berkaitan Hibah Harta oleh Ibu Saudara
Assalamualaikum w.b.t.
Saya ingin memohon pandangan dan penjelasan daripada pihak Pejabat Mufti berkaitan satu isu hibah harta yang berlaku dalam keluarga saya.
Untuk makluman pihak tuan/puan, ibu saudara saya merupakan seorang balu dan tidak mempunyai anak. Semasa beliau masih hidup dan dalam keadaan sihat serta waras, beliau telah membuat keputusan untuk menghibahkan sebuah tanah bersama rumah miliknya kepada saya yang merupakan anak saudaranya.
Urusan hibah tersebut telah dibuat secara rasmi melalui MyAngkasa Amanah Berhad, dan dokumen berkaitan hibah telah disediakan. Berdasarkan perjanjian yang dibuat, pemilikan harta tersebut akan berkuat kuasa selepas ketiadaan beliau, selaras dengan pengurusan hibah amanah yang diuruskan oleh pihak tersebut.
Walau bagaimanapun, timbul perkara yang kurang selesa daripada seorang pakcik saya yang merupakan adik kandung kepada ibu saudara tersebut. Beliau menyatakan bahawa beliau mempunyai hak terhadap harta tersebut kerana beliau adalah waris yang sah menurut hukum faraid.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak tuan/puan mengenai beberapa perkara berikut:
Menurut hukum syarak, adakah seseorang yang masih hidup mempunyai hak penuh untuk menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, walaupun individu tersebut bukan waris faraid?
Jika hibah tersebut dibuat semasa pemberi hibah masih hidup dan dalam keadaan sedar serta tanpa paksaan, adakah waris lain berhak membantah atau menuntut harta tersebut selepas kematian pemberi hibah?
Dalam konteks hibah yang diuruskan melalui institusi amanah seperti MyAngkasa Amanah Berhad, adakah ia masih tertakluk kepada hukum faraid atau dianggap telah keluar daripada harta pusaka?
Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi menurut hukum syarak supaya sesuatu hibah dianggap sah dan tidak boleh dipertikaikan oleh waris lain?
Tujuan saya mendapatkan pandangan ini adalah untuk memastikan urusan harta tersebut difahami dengan betul menurut hukum syarak serta mengelakkan sebarang salah faham atau pertikaian dalam kalangan ahli keluarga.
Segala pandangan dan penjelasan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:
Namun sekiranya wujud pertikaian dalam kalangan waris mengenai harta hibah tersebut, disarankan agar pihak puan membuat pengesahan hibah di Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih.