Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya dibayar untuk membuat exploration dan quest dalam online game Genshin Impact. Saya tidak menjual primogems, tidak topup, tidak melakukan gacha bagi pihak pelanggan. Adakah pendapatan daripada servis ini dibenarkan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, hukum asal pendapatan tersebut adalah harus kerana ia merupakan upah atas perkhidmatan membuat exploration dan quest dalam talian. Namun begitu, ia perlu dipastikan permainan ini tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak seperti judi, mendedahkan aurat atau elemen lucah, penipuan, perkara yang memudaratkan atau unsur-unsur yang diharamkan. Jika terdapat unsur yang diharamkan, maka pendapatan tersebut juga sudah bercampur-campur antara yang halal dan syubhah.
Sekian. Terima kasih.