BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

 Assalamualaikum w.b.t

Pertanyaan mengenai hukum /kaedah  menjelaskan hutang orang yang meninggal dunia (hutang dengan Syarikat kewangan / orang persendirian) dan hak berkaitan waris. Saya abang kandung kepada yang meninggal dunia (adik lelaki). Arwah meninggalkan seorang balu & seorang anak lelaki. Ibu saya masih hidup lagi. Berikut saya senaraikan anggaran kiraan dan maklumat yang berkaitan untuk memudahkan pertanyaan;- 

Senarai peninggalan /  kewangan terkumpul arwah adik ketika meninggal dunia sehingga 21/12/2025

Senarai Hutang arwah adik di kenal pasti

Catatan

Gaji - RM2451.90

1. AEON KREDIT -RM 16,500

(berdokumentasi/syarikat berdaftar)

Borang pembiyaan peribadi menggunakan Nama Isteri arwah. Nama isteri beliau kini telah di senaraihitam CTOS. Sukar untuk isteri arwah beli kereta baru untuk ke tempat kerja.   

Bonus – RM 3150.00

2. Chailease Berjaya – RM 28,000

(berdokumentasi / Syarikat berdaftar)

Pembiyaan kereta menggunakan Nama Isteri arwah. Pernah dapat surat tuntutan  kredit mengikut jumlah tersebut. Difahamkan kereta telah dilelong, tapi tiada surat hitam putih.

OT – RM 2372.35

3. Ibu Kandung – RM 30,000

(tiada surat hitam putih / pajak sekadar anggaran tapi ahli keluarga tahu perkara ini)

Anggaran barang kemas pada nilai ketika itu untuk membantu modal arwah berniaga

EPF – RM 942.00

3. Ibu mertua – RM 30,000

(tiada surat hitam putih / pajak sekadar anggaran tapi ahli keluarga tahu perkara ini)

Anggaran barang kemas pada nilai ketika itu untuk membantu modal arwah berniaga

KWSP 1st – RM 2542.05

4. Individu yang kami kenal 1 – RM 10,000

Anggaran di mana arwah menggunakan dulu duit ini untuk urusan lain dari yang dijanjikan. Tidak pasti ada resit bukti dan transaksi.Malah isteri dan waris saling mengenali. Cuma belum duduk semeja untuk perbincangan lanjut

KWSP bayar penuh – RM 16,500

5. Kedai Burger – RM 2384.10

Waris ada ke kedai dan diserahKAN RESIT BUKTI YANG BERKAITAN.

 

6. Koperasi Hijrah Selangor – Rm 10,000

(anggaran /belum dapat rekod hanya perasan pada semakan phone arwah)

Pinjaman perniagaan yang menggunakan nama arwah.

JUMLAH : RM27,940.30

JUMLAH : RM 126,884.10

 

  1. Berikut adalah perincian kewangan yang diterima oleh waris:
  • Hibah Arwah:  RM30,000.00. (penerima arwah isteri / abang kandung)
  • Pencen Ilat (PERKESO): Bayaran bulanan sebanyak RM2,600.00 ( RM 1600 Isteri  & RM 1000 Anak Lelaki arwah ).

 

 

Mohon penjelasan pihak tuan/puan dalam situasi berikut:

i. Keutamaan / Kaedah Bayaran: Memandangkan jumlah harta pusaka (KWSP) hanya RM 27,940.30, manakala hutang mencecah RM 126,884.10, hutang mana yang wajib didahulukan mengikut hukum syarak?

ii. Status Wang Hibah (RM30,000): Adakah waris wajib menggunakan wang hibah (yang merupakan hak milik mutlak penama) untuk menampung baki hutang arwah yang tidak mencukupi?

iii. Hutang Atas Nama Waris Isteri (RM44,500): Memandangkan pinjaman ini dibuat oleh arwah tetapi menggunakan nama saya (waris), adakah ia dikira sebagai hutang arwah kepada saya yang perlu dibayar menggunakan harta pusaka?

iv. Hutang dengan Individu yang mungkin tidak berekod tetapi mungkin diketahui waris?

         Saya amat mengharapkan penjelasan daripada pihak tuan/puan agar segala urusan pembahagian dan pelunasan hutang ini selari dengan hukum syarak dan tidak menzalimi mana-mana pihak, terutama kebajikan anak-anak yatim yang terlibat.          


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

  1. Hutang-hutang arwah adalah satu kewajipan yang perlu dilangsaikan menggunakan harta peninggalan arwah sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris mengikut hukum syarak. Namun sekiranya harta yang ditinggalkan oleh arwah tidak mencukupi, maka pihak waris tidak diwajibkan harus untuk membayar hutang arwah. Namun begitu sekiranya waris menolong membayar hutang tersebut ianya termasuk dalam bab berbuat ihsan kepada arwah. 
  2. Seandainya wang hibah itu telah sempurna penyerahannya sebelum kematian arwah kepada waris, maka wang tersebut telah menjadi milik waris sepenuhnya. Waris tersebut tidak wajib menggunakan wang hibah yang telah diterima untuk menampung baki hutang arwah yang tidak mencukupi kerana wang hibah yang diterima itu adalah hak milik mutlak penerima hibah dan bukannya harta pusaka arwah.
  3. Dari segi syarak, pinjaman yang dibuat oleh arwah menggunakan nama isterinya semasa hayatnya, tetap dikira sebagai hutang arwah dan bukannya hutang kepada penama yang diberi pinjam itu. Namun, dari undang-undang, penama dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab untuk membayar semula wang pinjaman dan dia boleh dituntut di mahkamah.
  4. Sekiranya arwah terdapat hutang dengan individu yang mungkin tidak berekod tetapi mungkin diketahui waris, maka tindakan wajib oleh waris adalah waris perlulah membayar hutang tersebut menggunakan harta pusaka arwah sebelum harta itu dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image