BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalakm... 

 

soalan saya.

 

Atok dah meninggal melebihi 5 tahun, selepas atok meninggal ibu & adik beradik yg lain buat terekah tanah. semua nama ada dalam geran tanah. Tanah tak pecah lot sebab semuanya kekurangan duit. Kemudian tapak tersebut telah disewa kepada syarikat digi. Baru-baru ni tanah disebut telah diundi kepada 8 org, kotak tapak menara tu dapat kepada ibu saya. Kesemua adik beradik x puas hati. Meminta & memaksa ibu saya memberikan bayaran sewa tu kepada mereka semua mengikut faraid. Sekarang kesemua adik beradik ibu saya bermasam muka. Ibu saya yg menguruskan hal disebabkan semua adik- beradik langsung tidak bertindak utk selesaikan masalah ni.

 

1)Adakah bayaraan menara tersebut menjadi harta pusaka (Tapak disewa selepas kematian atok)?

 

2)Adakah bayaran sewa tersebut hak milik mutlak ibu saya kerana selepas undian dibuat tapak tersebut menjadi milik ibu saya?

 

 

 

Sekian, erima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam kitab al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, harta pusaka atau al-tarikah (التركة) di sisi Jumhur ulama bermaksud segala sesuatu yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah seseorang mati. Harta pusaka ini diketahui setelah ditolak segala perbelanjaan menguruskan jenazah, hutang si mati, wasiat, hibah dan harta sepencarian menurut undang-undang. Oleh itu, harta peninggalan si mati menjadi harta faraid yang perlu dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Menurut penjelasan tuan, tanah (harta pusaka) tersebut telah dibahagikan kepada waris yang berhak atas persetujuan bersama. Jika setiap tanah yang telah dibahagikan merupakan hak waris yang layak diterima, ia telah bertukar hak milik setelah dibuat pembahagian. Merujuk kepada persoalan:

  1. Tanah itu bukan lagi harta pusaka si mati, tetapi telah menjadi harta milik bersama waris mengikut bahagian masing-masing yang telah ditetapkan. Maka, hasil sewa daripada tanah tersebut pada asalnya adalah hak semua pemilik berdaftar mengikut bahagian masing-masing. 

  2. Ia bergantung kepada status undian tersebut sama ada ia persetujuan lisan atau mempunyai dokumen rasmi pembahagian nama waris pada tapak tanah tersebut. Jika geran masih menunjukkan semua waris sebagai pemilik bersama, maka adik beradik ibu boleh bersepakat bahawa hasil sewa perlu dikongsi. Namun, jika waris setuju secara jelas bahawa tapak menara diberikan kepada ibu, maka ibu berhak untuk menerima sewa tersebut sepenuhnya tanpa perlu membuat pembahagian dengan adik-beradik lain.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 19

message user image