BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum tuan. Saya ingin bertanya mengenai insurans kelompok jenis konvesional. Saya telah menerima insuran daripada syarikat arwah suami saya. Tetapi insurans tersebut jenis konvesional. Syarikat arwah yang bayar insuran tersebut tanpa diketahui oleh arwah dan waris arwah iaitu saya telah menerima manfaat/pampasan tersebut..bayaran dibayar mengikut gaji akhir darab dengan 3tahun bekerja( 36bulan).. Apa perlu saya buat dengan duit tersebut memandangkan insuran konvesional ade unsur tidak patuh syariah. Boleh saya dapatkan pandangan dari pihak tuan.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Hukum asal insurans konvensional adalah haram kerana unsur judi, riba dan gharar. Namun dalam situasi polisi insurans kelompok diambil dan dibayar sepenuhnya oleh syarikat majikan arwah, dan tiada caruman atau potongan gaji daripada arwah ataupun puan, maka puan sebagai waris harus menerima manfaat/pampasan tersebut.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image