BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya tentang Kad Pokemon

soalan 1

Kad pokemon tcg yg dijual secara pack. Kad inj dimasukan dalam 1 pack  dgn gambar kad-kad yg berlainan.

 

Adakah ini sama konsep dgn kereta mainan yg dimasukan dlm kotak tanpa kita mengetahui warna apa yg dimiliki?

sebagai contoh warna hitam adalah warna yg terhad

adakah pembelian itu dikira unsur perjudian?

 

Soalan 2

Kad pada mulanya dijual pada harga yg sama di pasaran semasa release tetapi harga meningkat oleh sbb demand dari collector untuk mendapat kad rare.

Biasanya selepas 3 tahun, harga kad akan meningkat kerana tiada lagi kad yg sama diprint.

 

adakah jual beli tidak sah kerana harga kad yg dijual dalam pack/box oleh kilang pada awal nya sama, tetapi harga kad didalam market ditetntukan oleh peminat dan pengumpul menyebabkan harga kad dlam pack/box itu berlainan?

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Jual beli pek kad Pokémon TCG yang mengandungi kad secara rawak pada asalnya adalah harus dan tidak dianggap sebagai perjudian, dengan syarat pembeli reda terhadap apa jua kad yang diperoleh serta harga pek tersebut adalah munasabah berdasarkan nilai kandungan asasnya. Dalam keadaan ini, kad yang jarang didapati (rare) dianggap sebagai nilai tambah, hadiah atau promosi, dan bukannya objek pertaruhan. Namun, unsur perjudian (maisir) boleh wujud apabila struktur jual beli atau tujuan pembelian berubah sehingga pembeli mempertaruhkan wang semata-mata untuk mendapatkan kad rare yang bernilai tinggi, sedangkan kebarangkalian memperolehnya adalah tidak pasti.

Begitu juga, kenaikan harga sesuatu kad yang berpunca daripada permintaan tinggi dalam kalangan pengumpul (collector), khususnya apabila kad tersebut tidak lagi dicetak, kenaikan harga ini tidak menjejaskan sahnya akad jual beli. Penentuan harga dalam keadaan ini adalah berdasarkan mekanisme permintaan pasaran dan kerelaan antara penjual dan pembeli. Oleh itu, hukumnya kekal harus selagi transaksi tersebut bebas daripada unsur penipuan, manipulasi, gharar yang dilarang, atau apa-apa unsur haram yang lain.

.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 19

message user image