BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, jika seseorang sudah membayar fidyah untuk puasa tahun 2018, perlukah dia berpuasa untuk menganti puasa nya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, tetap perlu mengqada’kan puasa selama yang tidak dapat dilaksanakan sebelum masuk ramadhan tahun ini. Jika sehingga ramadhan tahun ini telah berlalu masih belum mengqada’ puasa tahun 2018, barulah pada ketika itu perlu membayar fidyah bagi puasa yang tertinggal untuk tahun 2018.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 261

message user image