BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam. Kadang-kadang saya ada jual barang atas talian. Saya akan minta rm10 sebagai kos penghantaran, tapi waktu bayar di kaunter kos cuma rm7. Soalan saya adakah baki rm3 itu haram ataupun tidak? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam Islam, prinsip utama ialah kejujuran dan kejelasan dalam urusan jual beli. Selagi pelanggan tahu dan setuju dengan harga yang dikenakan, maka ia diharuskan.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan para syahid. (Riwayat al-Tirmizi)

Dalam persoalan ini, ada 2 keadaan yang memberi kesan berbeza iaitu

  1. Caj tetap (flat rate): anda tetapkan “shipping RM10” tanpa kata itu kos sebenar. Dalam hal ini, walaupun kos sebenar RM7, baki RM3 itu dibolehkan kerana ia dianggap sebahagian daripada harga jualan atau caj servis (masa, tenaga, pembungkusan, minyak, dll). Ini biasa diamalkan dalam perniagaan.
  2. Kos sebenar (actual postage): anda kata “saya caj ikut harga pos sebenar”, tetapi sebenarnya anda ambil lebih (RM10 padahal RM7), maka ini boleh jadi bermasalah kerana ada unsur ketidakjelasan (gharar/penipuan kecil). Dalam keadaan ini, lebihan RM3 itu tidak wajar diambil tanpa penjelasan.

Sebaiknya sebarang kos-kos pertabdiran dan pengurusan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan tanpa ada unsur-unsur penipuan atau manipulasi harga sebelum sebarang persetujuan urus niaga dimuktamadkan oleh kedua-dua belah pihak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 16

message user image