BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya was-was apakah beza hari kiamat dan hari akhirat? Dan yang mana satukah yang berada di dalam rukun iman? Kerana ada yang saya tengok rukun iman beriman kepada hari kiamat, ada yg tempat lain beriman kepada hari akhirat. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Hari kiamat dan hari akhirat adalah perkara yang sama iaitu hari yang bermula manusia dibangkitan semula di mahsyar. Adapun terdapat sedikit perbezaan sebab dinamakan dengan nama-nama seperti hari kiamat dan hari akhirat. Dinamakan hari kiamat disebabkan manusia bangun (qiyam) dari kubur mereka. Dinamakan pula hari akhirat kerana ia adalah pengakhiran kehidupan dunia. Kesimpulannya, hari kiamat dan hari akhirat merujuk kepada perkara yang sama.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 55

message user image